NILAI - Pasar raya Giant Bandar Baru Nilai menerusi akliviti tanggungjawab sosial korporatnya melancarkan program Giant's Edufund bagi membantu meningkatkan kemudahan pembelajaran di 10 buah sekolah di sekitar daerah ini.
Pengarah Pemasaran GCH Retail (M) Sdn. Bhd., Ho Mun Hao berkata, lima sekolah rendah dan lima sekolah menengah yang terlibat dengan program itu merupakan kumpul'an kedua dipilih selepas program pertama di Giant Putra Height, Selangor pada Jun lalu.
"Menerusi program itu, Giant Bandar Baru Nilai akan menyumbang sejumlah wang tunai kepada 10 buah sekolah di daerah ini untuk meningkatkan kemudahan pembelajaran dan keselesaan pelajar.
Pengetua SMKTS Semasa Majlis Pelancaran (Kosmo 16 April 2011) |
Antara sekolah terlibat adalah SMK Taman Semarak, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shahardin, SK Datuk Shahbandar Abu Bakar, Sekolah Menengah Agama Nilai, SK Desa Jasmin dan SMK Desa Cempaka.
Ujarnya, setiap enam bulan, pihaknya akan mengutip resit yang dikumpul di setiap sekolah dan menyerahkan wang tunai tersebut kepada pihak sekolah.
No comments:
Post a Comment